Cinta..cinta..ramai sangat suka bercinta kan? semua orang nak bercinta dan harapkan cinta dari seorang yang sangat disukai..jangan risau, semua orang macam tu. Kalau budak sekolah kita katakan cinta monyet..tapi monyet pun janganlah sampai kita jadi macam monyet sampai tak tahu mana tindakan manusia atau tindakan monyet. Tulah dugaan cinta..kita semua akan diuji cinta.Ramai juga yang mati atau bunuh diri sebab cinta..Betul kan?

Semuanya sebab tak mampu nak menampung dugaan cinta ni..tapi ada nampak ke cinta tu? takde kan? tu semuanya di hati..jadi jagalah hati sebaiknya untuk mendapat atau memberi cinta sebaiknya..jangan kita dikawal hati..

Dugaan cinta sepanjang hidup ialah:

1. Zaman sekolah rendah: Kita mula suka kat seseorang. kat sini cinta atau hati mula mencari seseorang untuk kita sukai atau cintai..ni memang cinta monyet sebab apa kita suka hanyalah kecantikan dan kegayaan perempuan tersebut
2. Zaman sekolah menengah: Masa nilah cinta bertukar menjadi nafsu..tu bahaya sebab kebanyakkan cinta diuji oleh Syaitan dengan nafsu..jika tak dapat kawal, kita akan merana seumur hidup..ramai juga yang terlanjur..ramai juga yang berakhir di rumah jagaan..ramai juga yang terbuang anak dimerata-rata dan mencipta dosa seumur hidup..nauzubillah..minta jauh sangat2..
3. Zaman matrik/IPT: masa ni lagi teruk..kita tak dikongkong siapa-siapa pun tau..kita bebas..nafsu kita makin membuak-buak..jika tak dikawal, lagi teruk..tapi jika dapat dikawal, masa nilah rasanya sangat manis dan bahagia..betul sebab kita akan berbincang untuk bahagia bila dah berkahwin nanti..masa nilah ayat2 cinta akan diluahkan sepenuh hati..dan masa nilah juga untuk korek diri sebenar pasangan kita..bergaduh, bergurau dan bercerita memang syok..tapi ingat, jangan hati mengawal kita, tapi kita yang mengawal hati..masa ni juga syaitan akan duga kita dengan membuatkan kita rasa bahagia bila berkahwin nanti..kenapa? sebab dia tahu, kalau kahwin masa belajar banyak risiko dan dugaan nanti, jadi lagi senanglah si setan ni nak buat kerja.
4. Zaman Nak Kahwin: wahhh masa nilah dugaan cinta sangat besar..perasaaan kita akan jadi tawar, manis, manis, pahit dan macam2 lagi lah..kenapa? sebab syaitan duga hati kita untuk cuba tidak mendirikan rumahtangga..walaupun asalnya tadi dia suruhkan? tapi masa bila macam dah konfirm nak kahwin, setanlah akan gundah gulana..tadi rupanya dia acah-acah kita je untuk suka berkahwin..masa dah siap kad kahwin, lagi teruk dugaan dia bagi tau..nanti korang yang nak kahwin tu tahu lah macamana..yang dah kahwin, mesti dah faham situasi ni..tapi jangan risau, ingat KEYWORD ini: Biar kita kawal hati tapi buka hati yang mengawal kita. Ingat, dia pilihan kita, jadi tetapkan iman dan hati..insyallah selamat
5. Zaman Mula Berkahwin: mula-mula memang syok sebab apa yang kita rancang dah berjaya..dah boleh duk serumah..dah boleh pegang tangan atau apa sahaja tanpa malu lagi :) …tapi dugaan syaitan ni takkan habis punye..dah duk serumah, mulalah si setan ni nak mengganggu..dia akn buat kita rasa terkongkonglah..rasa bini atau suami busybody lah..dan macam2..kalau duk rumah mertua tu, lagi kuat dugaannya..hoho..jadi fikirlah yang terbaik untuk family kita dan KEYWORD nya ialah: Selalu bersyukur dengan apa yang ada dan kawal hati untuk tetap pada yang satu..
6. Zaman Dah Lama Kahwin: kekadang tak lama pun sebenarnya..tulah dugaan untum cari lain..hoho..ni paling teruk tau..sebab kejayaan syaitan yang optimum ialah dapat meruntuhkan ikatan perkahwinan..hoho..tu kira kejayaan terbaiklah tu, boleh beri anugerah dah tu..jadi tulah si syaitan ni uji kita macam2..nauzubillah..masalah ni iman dan hati kita kena kawal sebaiknya. Sebab hati yang leka akan mudah dikawal syaitan..

Insyallah..rasanya kita semua dah nampak kan? ni nasihat untuk saya dan kita semua..saya juga insan tak sempurna dan jahat..tapi tak semestinya kita ni tak boleh berubah ke arah kebaikan..Ingat: Jangan biarkan hati mengawal kita tapi kitalah yang mengawal hati..Wallahualam..
suke tekan LIKE or COMMENT okeyh =) thnx sudi bace :)

No comments: